top of page

Taman Pelbagai Budaya

  • Writer: Ezekiel Kelly Kara Salis
    Ezekiel Kelly Kara Salis
  • Dec 15, 2015
  • 2 min read

Sebenarnya Kampung Budaya Sarawak adalah merupakan destinasi perlancongan paling popular di sini Bumi Sarawak. Siapa yg melawat Kuching kalau tidak singgah di sini tidak sah. Di sinilah kita nak mengenali sejarah dan juga semua kaum dan budaya yg ada di Sarawak ni.

Kampung Budaya Sarawak ni terdiri daripada 7 buah binaan rumah kaum-kaum di Sarawak. Semua rumah-rumah ini di bina sepertimana asalnya rumah-rumah kediaman kaum-kaum di Sarawak. Rumah-rumah yang ada di sini adalah seperti Rumah Iban, Rumah Bidayuh, Rumah Orang Ulu, Rumah Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina.

Rumah Bidayuh

Rumah Iban

Rumah Orang Ulu

Rumah Penan

Rumah Melanau

Rumah Melayu

Rumah Cina

Pengunjung mesti masuk kesemua rumah yg ada di dalam kawasan kampung budaya ini. Anda akan di sertakan dengan pasport untuk mendapatkan cop di setiap rumah yang anda kunjungi. Rugi sebenarnya tak masuk dalam rumah-rumah yg ada di sini, kerana rumah-rumah ini berbeza bukan sahaja dari segi binaan malah budaya dan cara hidup yang di tampilkan pun berbeza.

Mana tidaknya ada sesetengah rumah itu anda boleh melihat sendiri budaya dan muzik yang di mainkan dalam satu-satu rumah tersebut. Ada pula rumah yang menunjukan kraftangan yang mereka hasilkan sebagai sumber pendapatan. Ada juga rumah menyediakan makanan tradisional kaum-kaum yg tinggal di rumah tersebut. Jadi perjalanan anda antara satu rumah ke satu rumah tidak bosan malah menyeronokkan sebab tu ia di panggil Muzium Hidup.

Istimewa lagi di sini adalah anda akan di hiburkan dengan tarian tradisional suku kaum yg ada di Sarawak. Persembahan ini di adakan di auditarium khas yg di sediakan di sana. Persembahan selama 40 minit ini di adakan 2 kali sehari iaitu pagi dan petang. Rancang perjalanan anda agar tidak terlepas untuk menonton persembahan tarian yg menarik tu.

Penonton bukan sahaja boleh tgk tarian tradisional malah boleh menarik bersama dengan penari di akhir persembahan. Seronok dapat tengok persembahan mereka. Pengunjung di sini juga boleh mencuba pakaian tradisional yg di reka mengikut cara tradisional kaum-kaum di sini.

Di Kampung Budaya Sarawak ini jugalah setiap tahun di adakan persembahan Rainforest World Music Festival. Festival, ini adalah persembahan muzik seluruh dunia dalam menyatukan muzik dan alam. Ianya diadakan selalunya pada pertengahan tahun antara bulan Jun - Ogos. Di sini nanti akan ada lagi persembahan besar. Selain itu juga selalu di adakan acara Pesta Menuai peringkat dunia.


 
 
 

Comments


Subscribe for Updates

Congrats! You're subscribed.

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2023 by The Mountain Man. Proudly created with Wix.com

bottom of page