top of page

Muzium Hidup

  • Writer: Ezekiel Kelly Kara Salis
    Ezekiel Kelly Kara Salis
  • Jan 6, 2016
  • 1 min read

Kampung Budaya Sarawak terletak di kaki Gunung Santubong.Bagi pengunjung yang ingin melawati Kampung Budaya Sarawak, para pelancong boleh datang ke Santubong yang berdekatan dengan Damai Beach Resort. Muzium hidup yang terletak di kaki Gunung Santubung yang kaya dengan mitos dan sejarah ini memaparkan keindahan dan kekayaan khazanah bumi kenyalang ini. Ia memaparkan pelbagai budaya termasuklah pakaian, kraftangan, gaya hidup dan kediaman tradisional masyarakat etnik utama di negeri ini. Ditambah pula kampung budaya ini memaparkan seni kebudayaan sebanyak dua kali di auditorium utama. Antara kraftangan yang unik yang boleh didapati di sini adalah manik Sarawak dan Pua Kumbu (tekstil tradisional masyarakat Iban). Kampung budaya ini juga menjadi tempat menarik untuk acara-acara antarabangsa seperti Pesta Muzik Hutan Hujan Dunia dan Pesta Menuai Dunia.



Dikampung budaya terdapat pelbagai rumah tradisional seperti:

  • Rumah Panjang Bidayuh

  • Rumah Panjang Iban

  • Rumah Tinggi Melanau

  • Rumah Cina

  • Rumah Melayu

  • Rumah Pondok Penan

  • Rumah Panjang Orang Ulu

Waktu operasi Kampung Budaya Sarawak

Setiap Hari 9.00 am-9.00 pm Persembahan diadakan pada 12.30 dan 4.30 Bayaran Masuk

Dewasa: RM60 Seorang Kanak-kanak(7 tahun-12 tahun):Rm30 Bawah 6 tahun:Percuma Bagi pelancong yang luar sarawak seperti semanjung,sabah dan luar negara akan diberi buku passport kampung budaya bagi mengambil cop setiap rumah dikampung budaya.

 
 
 

Comments


Subscribe for Updates

Congrats! You're subscribed.

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Pinterest Icon
  • Black Flickr Icon
  • Black Instagram Icon

© 2023 by The Mountain Man. Proudly created with Wix.com

bottom of page